Qalbun Qalbi Telegram channel photo

Qalbun Qalbi

@qalbunqalbiPublic Channel

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Jika engkau bukan orang soleh, maka dekatilah orang soleh. InsyaAllah engkau akan ikut mulia di hadapan Allah Subhanahu Wa Taala.” (Habib Idrus Alaydrus)

Religionاردوپاکستان

13

Last views

2.8k (2,763 subscribers)
اراکین
—
Rating
40
Total Posts
Oct 17, 2026, 4:01 PM
اپ ڈیٹ کیا گیا
Apr 29, 2026
Created
Stats

آپ اردو میں مواد دیکھ رہے ہیں۔ دوسری زبانوں میں مواد دیکھنے کے لیے سائٹ کی زبان تبدیل کریں۔

Channel Information

Channel Information
Channel NameQalbun Qalbi
Username@qalbunqalbi
CategoryReligion
Languageاردو
Countryپاکستان
اراکین2,763
Channel TypePublic Channel
Created29 اپریل، 2026
Last Updated17 اکتوبر، 2026 • 4 دنوں پہلے
StatusActive

درجہ بندی

عالمی درجہ بندی
#1650-19
زبان کی درجہ بندی
#3کوئی تبدیلی نہیں
زمرہ کی درجہ بندی
#29-2

سبسکرائبرز کی تعداد میں اضافہ

کل: 2.8K30 Days growth: +2.0K253.3%
09/1809/2309/2810/0310/0810/1310/17
سبسکرائبرز کی تعداد میں اضافہ - 30 Days
DateSubscribers
18:09:2026782
19:09:2026782
20:09:2026779
21:09:2026779
22:09:2026779
23:09:2026779
24:09:2026779
25:09:2026779
26:09:2026779
27:09:2026779
28:09:2026779
29:09:2026779
30:09:2026779
01:10:2026779
02:10:2026779
03:10:2026779
04:10:2026779
05:10:2026779
06:10:2026779
07:10:2026779
08:10:2026779
09:10:2026779
10:10:2026779
11:10:2026779
12:10:2026779
13:10:2026779
14:10:2026779
15:10:2026779
16:10:2026779
17:10:20262,763
سبسکرائبرز کی تعداد میں اضافہ - Weekly
DateSubscribers
Week of 27:04:2026808
Week of 04:05:2026808
Week of 11:05:2026808
Week of 18:05:2026808
Week of 25:05:2026808
Week of 01:06:2026808
Week of 08:06:2026808
Week of 15:06:2026808
Week of 22:06:2026808
Week of 29:06:2026808
Week of 06:07:2026808
Week of 13:07:2026808
Week of 20:07:2026808
Week of 27:07:2026808
Week of 03:08:2026808
Week of 10:08:2026808
Week of 17:08:2026782
Week of 24:08:2026782
Week of 31:08:2026784
Week of 07:09:2026782
Week of 14:09:2026779
Week of 21:09:2026779
Week of 28:09:2026779
Week of 05:10:2026779
Week of 12:10:20262,763
سبسکرائبرز کی تعداد میں اضافہ - Monthly
DateSubscribers
April 2026808
May 2026808
June 2026808
July 2026808
August 2026782
September 2026779
October 20262,763
سبسکرائبرز کی تعداد میں اضافہ - Yearly
DateSubscribers
20262,763

تازہ ترین پوسٹس

Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

20 اکتوبر، 2026، 17:50

Photo1/2
Ciri-ciri ilmu yg bermanfaat :

1⃣ Menambah takut kepada Allah.
2⃣ Menambah nampak buruk diri kita.
▪️Menambah nampak cela diri kita. Kita jelas nampak buruk diri kita. Tapi kalau ngaji..ngaji..ngaji.. nampak buruk orang, itu antara dua. Sama ada ilmu yg kamu belajar itu salah atau kamu tu yg salah cara belajar.
3⃣ Kita jadi gemar nak ibadah kepada Allah taala.
▪️Rasa mcm nak buat amalan kepada Allah taala. Rasa macam nak buat ibadah tu. Rasa seronok nak ibadah.
4⃣ Kita tak gemar sangat dunia.
▪️Tak gemar tu bukan bererti kita tinggalkan. Bukan.. Cuma kita ambik sekadarnya sahaja.
5⃣ Menambah gemar kepada akhirat.
▪️Kita jadi seronok kepada akhirat.
6⃣ Terbuka mata hati.
Nampak mata hati tu celik.
▪️Jadi kita nampak dah, apa² yg kita buat ni langsung tak memberi kesan. Yg memberi kesan hanyalah Allah taala sahaja kepada kita.
7⃣ Nampak tipu daya syaitan dan perdayanya.
▪️Semakin kita mengaji, semakin kita sedar buruknya tipu daya syaitan kepada kita.

YM Ustazah Ain Al 'Adiyat


@QalbunQalbi💝
13001
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

20 اکتوبر، 2026، 17:22

Video
Bukan semua org dilahirkan dlm keluarga yg alim & faham agama.

Ada yg datang drpd broken home. Ada yg x pernah dpt didikan agama drpd ibu ayah. Ada yg kehilangan ibu ayah sejak kecil. Macam² kisah hidup manusia ni.. 🫂

Ada yg bila dah dewasa, baru tersedar betapa pentingnya ilmu Fardhu ‘Ain yg sebenarnya dah wajib kita pelajari sejak baligh lagi.

Bila hari ni ALLAH izinkan kita tersedar, jgnlah bersedih mengenangkan masa lalu, tp BERSYUKURLAH..

Kerna kita masih sempat tersedar ketika hidup, bukan setelah berada di alam kubur. Wal‘iyadzubillah min zalik. 🥺

Jadi belajarlah.. Walaupun terpaksa bermula dari kosong, walaupun usia dah x muda.

Mengajilah Fardhu ‘Ain. Bukan utk jadi lebih baik drpd org lain, tp utk memperbaiki diri sendiri.

Moga segala kejahilan yg pernah ada dlm diri kita, terhenti pada kita. Jgn sampai diwariskan pula kpd generasi selepas kita.

Biarlah ilmu agama bermula dari kita, walaupun kita sendiri terpaksa bermula dari kosong.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّه📚🤲🏻

@QalbunQalbi💝
11000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

20 اکتوبر، 2026، 06:41

Video
Tak boleh nak patah balik dah 🥺..

Janganlah kalian tertipu dengan dunia, kerana sesungguhnya yang sihat akan sakit, yang baharu akan usang, nikmatnya akan fana, dan yang muda akan tua.

اللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ 🤍



@QalbunQalbi💝
20000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

19 اکتوبر، 2026، 23:14

Video
Bayangkan…

satu hari nanti, kita akan sampai pada satu perjalanan yang tak boleh diundur lagi🥺

Rasulullah ﷺ bersabda tentang Sirat bahawa manusia akan melaluinya

“mengikut amalan mereka”, dan terdapat cangkuk-cangkuk di sisi Sirat. — Riwayat Muslim 195

Selama ni kita takut jatuh dalam hidup.

Takut kehilangan kerja, duit, orang yang kita sayang…

Tapi pernah tak kita takut, bagaimana langkah kita nanti di atas Sirat?😭


@QalbunQalbi💝
23001
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

19 اکتوبر، 2026، 22:44

Apa saja nasihat yg kita baca, ambillah ia dari sudut positif. Jangan melihat siapa yg berkata, tapi lihat apa yg disampaikan. Jika ada kebaikan, ambil sebagai bekal utk memperbaiki diri. Jika ada kekurangan, jadikan sempadan. Hati yg mahu belajar akan sentiasa mencari hikmah. Moga dipermudahkan jalan mujahadah menuntut redha ALLAH..Aamiin2 🌷


@QalbunQalbi💝
24000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

19 اکتوبر، 2026، 22:41

Beruntungnya mereka yg semasa hidup gigih menjaga agama. Byk selawat, byk taubat, sungguh2 belajar fardhu ain. Amar makruf nahi mungkar. Mati jumpa Allah dlm husnul khotimah. Semoga Allah izin kita semua tergolong dlm golongan ini. Rasulullah pasti sgt bahagia 🤍


@QalbunQalbi💝
24000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

19 اکتوبر، 2026، 22:39

Photo1/2
Walau pelbagai ujian, cerita, berita di sekeliling,..jln terus. Apa yg kita lihat..apa yg kita dengar..ia akan berlalu pergi. Mana baik kita ambil, mana yg tidak, jadikan sempadan. Saling mendoakan, meminta maaf dan memaafkan. Terus semangat brdakwah..walaupun hanya sebaris selawat, sebarkan. simple saja..
Moga ALLAH bantu kita istiqomah pd amal kebajikan..InsyaAllah🥰🌹

Jgn tinggal mengaji fardhu Ain..
Banyakkan Selawat..

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ


@QalbunQalbi💝
23000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

19 اکتوبر، 2026، 22:36

Photo1/2
Cemburu melihat kemuliaan Uwais Al-Qarni.. tak dikenali oleh penduduk bumi, namun namanya di sebut2 oleh penduduk langit. MasyaAllah.. beliau tidak masyhur di mata manusia, namun begitu mulia di sisi ALLAH. Moga ALLAH mendidik hati kita agar tidak terlalu mengejar pujian dan pengiktirafan manusia. Cukup saja ALLAH mengetahui segala amal, keikhlasan serta perjuangan kita dan sentiasa berusaha meraih redhaNya. Kita semua dlm proses memperbaiki diri, tak mengapa.. jgn putus asa.. cuba lagi!!
Berpesan buat diri hamba terutamanya.

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ


@QalbunQalbi💝
21000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

19 اکتوبر، 2026، 22:33

Org yg ada ilmu tapi tak beramal, akan dimasukkan kedalam api neraka terlebih dahulu daripada penyembah berhala. Ilmu yg mana?
Yakni ilmu Aqidah.

-Kitab Penawar Bagi Hati-

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ


@QalbunQalbi💝
18000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

19 اکتوبر، 2026، 22:31

Photo1/2
Di antara kata² imam Abu al- Hasan al-Syadzili yg mahsyurnya biasa disebut dlm kitab adalah sesiapa yg tidak ada bahagian daripada ilmu tasawwuf, ditakuti akan bawa kepada Suul khotimah ketika nak mati.

Wal'iyazubillah..😔

Link pengajian:
https://www.facebook.com/share/v/1CYptuMYmZ
KITAB MINHAJUL ABIDIN
KHAMIS 9/10/25 (M/S 5)

Jum ngaji Fardhu Ain sama²🌹
Gandakan selawat selalu.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ


@QalbunQalbi💝
24000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

16 اکتوبر، 2026، 18:05

Video
Woman to woman 🫂

Jangan sebab kita nak cantik, nak nampak indah di mata manusia, kita lupa batas yang perlu dijaga. Tudung bukan aksesori, aurat bukan pilihan nak buka dan tutup.

Fesyen umpama arus, datang dan pergi. Jangan sampai tuntutan agama dikorbankan hanya sebab nak ikut trend.


@QalbunQalbi💝
41000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

16 اکتوبر، 2026، 17:58

Video
Deep betulll ayat ni 🥹

مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Kadang-kadang kita terlalu yakin dengan usaha sendiri, sampai lupa satu perkara:
“kekuatan sebenar tetap datang daripada Allah.”
(Al-Kahfi 18:39)


@QalbunQalbi💝
43001
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

16 اکتوبر، 2026، 17:00

segemuk-gemuk ikan, pasti ada tulangnya,
sekurus-kurus ikan, pasti ada dagingnya.
sebaik-baik orang, pasti ada buruknya,
seburuk-buruk orang, pasti ada baiknya.

carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. carilah buruk sendiri dan perbaiki, itulah ikhlas.

Allah SWT berfirman:

فَلاَ تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

“maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui akan orang yang bertakwa.”

— an-Najm, ayat 32

jangan sibuk mencari salah orang hingga terlupa memperbaiki diri. akhlak itu melihat kebaikan orang lain, manakala ikhlas itu mengakui dan memperbaiki kekurangan diri.


@QalbunQalbi💝
43001
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

16 اکتوبر، 2026، 08:26

Photo1/2
Kata baba : Istiqamah dalam belajar dan istiqamah dalam beramal. Cuba tarik seberapa ramai yang mungkin untuk menuntut Ilmu Fardhu Ain sebelum kita mati.Bila ramai orang yang belajar disebabkan kita dan kita
telah pun mati, maka pahala tetap kita akan dapat dan terus berjalan (pahala yang tidak ada putus-putusnya, selagi mana orang tersebut belajar, beramal dan menarik orang lain pula untuk belajar, beramal dan berlangsung seterusnya...) maka tarik orang untuk menuntut ilmu itu dengan hikmah, bijaksana dan dengan penuh kelembutan..."


@QalbunQalbi💝
47001
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

16 اکتوبر، 2026، 05:43

اَللَّهُمَّ تَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَشَهَادَةً عِنْدَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ، وَعَفْوًا عِنْدَ الْحِسَابِ، وَنَصِيبًا مِنَ الْجَنَّةِ، وَلَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ الْكَرِيمِ، وَصُحْبَةَ حَبِيبِكَ ﷺ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلَا سَابِقَةِ عَذَابٍ.

Ya Allah, kurniakan kami taubat sebelum mati, kematian dalam keadaan bersyahadah, ampunan setelah mati, pemaafan saat dihisab, kurniakan syurga, kenikmatan memandang wajah-Mu yang Mulia, dan berkumpul dengan kekasih-Mu Nabi Muhammad ﷺ tanpa dihisab dan tanpa disentuh azab sedikitpun. 🤲


@QalbunQalbi💝
40001
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

16 اکتوبر، 2026، 05:25

۞ الحمد لله
۞ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞


Semoga hari ini lebih bersemangat
Lebih sabar lebih bertambah syukur kita pdNya
Lebih bahagia dlm beribadah kepada Allah Swt..
Semoga ibadah hari ini lebihbaik dari semalam
Niatkan semuanya kerana Allah jallajalalu
Aminn ya mujibbassaillin 🤲♥️


@QalbunQalbi💝
37000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

16 اکتوبر، 2026، 03:53

Video
Mengajak orang lain berselawat juga satu dari cabang dakwah..
Jom kita berselawat dn perbanyakkanlah berselawat ..


📿● ٱللّٰـهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❁ ٱلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ❁ وَٱلْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ❁ نَاصِرِ ٱلْحَقِّ بِٱلْحَقِّ ❁ وَٱلْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ ٱلْمُسْتَقِيمِ ❁ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ ٱلْعَظِيمِ ۩●📿


@QalbunQalbi💝
37000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

15 اکتوبر، 2026، 11:59

Photo1/8
Pesan Guru... 🤍✨

#pesanguru
#mengajifardhuain

@UzlahHati 💝
41000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

03 ستمبر، 2026، 14:14

Photo
Kata Baba, ngaji ni nak suluh diri kita sendiri jadi perlu cakna jadual akhirat. Bermula dari bangun tidur sehingga tidur balik. Perlu ada strategi nak selamat di hari akhirat. Kita ni dipanggil islam tetapi tak cakna mana kepada agama islam, tak cakna ke akhirat.

Buat jadual dari bangun tidur yakni sebelum subuh. Pastikan permulaan awal harian kita dengan perkara akhirat. Orang yang menjaga akhirat dia akan bangun sebelum subuh. Mudah mudahan Allah jaga kita supaya kita termasuk di dalam golongan hamba yang mengambil berat tentang akhirat🤲

♡اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ♡

#maafkansayadoakansaya
#nasihatbuatkusebelumkamu
156005
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

03 ستمبر، 2026، 14:14

Qadha solat adalah suatu proses taubat.
Qadha solat adalah hutang kita dengan Allah.
Kalau hutang dengan manusia kita tak main-main apatah lagi hutang dengan Maha Pencipta.

Ada orang qadha solat sebab dulunya dia sengaja meninggalkan solat.

Ada orang qadha solat sebab dulunya dia solat tapi dia solat dalam keadaan dirinya jahil.
Dia solat tapi tiada ilmu untuk faham rukun dan syarat sah solat. Seseorang itu tidak faham sebab dia melakukan sesuatu perbuatan dalam solat. Orang sujud dia sujud. Orang rukuk dia rukuk. Kenapa sujud? Dia tak tahu. Solat kena thuma'ninah, dia tak tahu thuma'ninah itu apa?
Inilah solat orang jahil.
Orangnya solat tapi ikut-ikut orang sahaja.
Dia tiru-tiru sahaja.

Ada wanita qadha solat sebab dulunya dia jahil ilmu darah - haid, nifas dan istihadhah.
Dia sangka dirinya suci rupanya dia solat dalam keadaan berhadas.
Dia sangka dirinya haid rupanya dia alami istihadhah, berminggu-minggu dia meninggalkan solat.
Ada wanita telah suci nifasnya tetapi menunggu sehingga 40 hari untuk solat.
Dia jahil ilmu darah, maka dia sengaja meninggalkan solat.

Pentingnya ilmu sebelum melakukan sesuatu ibadah. Orang jahil ialah orang yang paling berani dengan Allah 😭.
Semua dia langgar. Hukum tak tahu. Buat ikut sedap-sedap rasa dia. Rasa logik-logik dia sahaja.

Jahil dalam hal agama tidak boleh dijadikan alasan kekal, sebaliknya ia menuntut untuk segera belajar bagi membaiki agama kita sendiri. Segala amal tanpa ilmu tak diterima. Kitalah yang rugi.

Marilah mengaji ilmu fardhu ain sahabat semua. Ilmu yang wajib ke atas diri kita. Ilmu ni bukan ilmu budak-budak.
Kalau kita boleh habiskan masa bertahun-tahun belajar ilmu dunia, sudah tentu kita pun boleh luangkan masa belajar ilmu fardhu ain yang memberi manfaat untuk kehidupan kita dunia dan akhirat. Menuntut ilmu inipun proses taubat kita.

Guru sentiasa berpesan kepada muridnya ilmu itu imam kepada amal. Beribadahlah dengan ilmu.
Diulang-ulang seperti ibu ayah yang sayang kepada anaknya.
Diulang-ulang kerana sayang.
Diulang-ulang kerana tahu ada bahaya di hadapan.

Untuk sahabat yang tengah usaha qadha solat yang banyak dan tidak menghafal banyak surah, bolehlah melihat Quran ketika solat. Namun, sebaiknya kita hafal sahaja surah-surah lazim ini.

Qadhalah solat dengan ilmu fardhu ain yang betul.
Nak buat perkara wajib ni susah.
Kena kuat.
Kena rajin.
Banyak ujian.
Banyak halangan.
Banyak tipu daya.
Kita usahalah sebaiknya.
InshaAllah.

Selawat jangan lupa.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ﷺ
371004
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

03 ستمبر، 2026، 14:14

Kahwin dengan janda ni sebenarnya satu benda yang ramai lelaki tak nampak nilai dia. Lagi-lagi lelaki bujang nikah dengan janda ada anak. Buy one free two lagi best sebenarnya.

Aku cakap ni bukan sembang kosong. Bini aku sendiri janda, ada 2 orang anak masa aku kahwin dia. Aku pula bujang terlajak. Awal tu memang ramai yang pandang pelik, ada yang bisik-bisik, ada yang kata “buat apa ambik tanggungjawab orang lain”.

Tapi depa tak tau.

Perempuan yang pernah lalui fasa pahit dalam hidup ni, dia lain macam. Dia dah kenal susah, dia dah rasa kecewa, dia dah tau nilai sebuah rumah tangga. Dia bukan jenis nak main-main dah. Kita laki yang bujang, sangat-sangat akan dihargai.

Bila kita balik kerja penat, dia faham. Bila kita ada masalah, dia tak tambah beban. Bila kita susah, dia tolong jaga dari belakang. Kita takde duit, dia support. Kita cakap, dia dengar. Kalau boleh dia tak nak hubungan rumah tangga yang baru musnah seperti sebelumnya.

Anak-anak dia? Lama-lama jadi macam anak sendiri. Bukan darah daging, tapi kasih sayang tu boleh jadi lagi kuat dari yang lahir sendiri.

Yang paling penting, dalam Islam sendiri tak pernah hina janda. Malah contoh paling besar kita ada Nabi Saw sendiri masa bujang, berkahwin dengan Siti Khadijah RA yang merupakan seorang janda. Banyak hadis Nabi Saw tentang betapa baiknya isteri pertamanya. Nabi Saw tidak pernah berpoligami selagi masih hidup Siti Khadihah RA.

Bukan tu saja, Siti Khadijah lagi tua daripada Nabi, lagi berpengalaman dalam hidup. Tapi Nabi pilih sebab apa? Sebab akhlak, kesetiaan, dan hati dia. Dan dari perkahwinan tu lahir rumah tangga yang penuh barakah.

Maknanya apa?

Status “janda” tu langsung tak jatuhkan nilai seorang wanita. Yang penting iman dia, cara dia jaga diri, dan cara dia hargai pasangan.

Hang tengok ja kisah Syed Saddiq dengan Bella semalam. Ramai sembang macam-macam, tapi hakikatnya, hidup ni bukan pasai status “anak dara” atau “janda”. Yang penting, hati tu ikhlas dan cara kita jaga hubungan tu.

Orang luar boleh cakap apa saja.

Depa tak lalui apa yang kita lalui.

Aku kahwin bukan nak cari yang “perfect”. Aku cari yang boleh susah senang sama-sama. Bila balik rumah, hati kita tenang melihat si isteri di rumah. Bukan bila balik, tengok muka isteri, jadi menyampah dan stress.

Dan aku jumpa semua tu, pada seorang janda.

Jadi kalau hang tanya aku, kahwin janda ni bagus ka?

Jawapan aku mudah ja.

Ikut suka hang la. Bujang ke janda. Kalau hang jumpa perempuan yang betul, yang pernah jatuh tapi bangkit balik — dia akan hargai hang lebih dari sesiapa pun.

#RealTalk #KahwinJanda #PengalamanHidup #Sunnah
315003
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

03 ستمبر، 2026، 14:14

Allah bukan diatas arasy. Bukan diatas langit. Allah bukan di mana2. Allah bukan alam.Allah Esa, tiada sekutu bagiNya.Allah wujud tidak bertempat. Pasak dihati.

(1)Wujud Allah tidak bertempat dan tidak berhajat kepada tempat.

(2) Wujud Allah tidak ada depan, tidak ada belakang, tidak ada atas, tidak ada bawah, tidak ada kanan dan tidak ada kiri.

(3) Wujud Allah tidak berjuzuk-juzuk. Di sebabkan itulah tidak boleh mengatakan Allah ada mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya.

Siapa belajar ilmu tauhid dengan betul, akan tahu mana akidah yg benar Dan mana akidah yang sesat.Ilmu tauhid itu asas segala ilmu.
Ia bukan boleh pilih2 tp wajib fardhu ain atas setiap orang Islam , tanpa ilmu tauhid kita takkan kenal Tuhan,nak beribadah kena kenal siapa yg kita ibadahi supaya diterima amalnya,tidaklah sia2..

ilmu tauhid bukan sekadar tahu Allah itu satu, tetapi kenal dengan sebenar2nya siapa Allah yang Esa yang bersifat Qidam, Baqa’, Mukhalafatu lil Hawadith , bukan sekadar kenal ikut sangkaan tapi kenal dengan dalil naqli dan ‘aqli, sebagaimana diajarkan oleh para ulama salaf dan khalaf

Siapa bersungguh dengan Allah Taala akan dibuka pintu apa yg dituntutnya

Syarat ilmu yg dipilih
👉Memilih ilmu yg lebih elok pada pekerjaan agamanya
👉Mendahului ilmu Tauhid
👉Mengenal Allah Taala dengan dalil
👉Tidak sah ibadah jika tidak Mengenal Tuhan yg disembah
👉Mengenal Tuhan dengan Asma,Sifat(ilmu Usuluddin)

Menjalankan akal kita menuntut dalil supaya mengenal Tuhan bukan dengan hanya bertakliq...

Tauhid adalah perkara keutamaan dalam hidup sebagai seorang Muslim. Tauhid adalah kewajipan pertama dan terakhir.

Rasulullah Saw memerintahkan para utusan dakwahnya agar menyampaikan tauhid terlebih dulu sebelum yang lainnya.

Nabi Saw bersabda kepada Mu’adz bin Jabal radhiallahu ta’ala ‘anhu, “Jadikanlah perkara yang pertama kali kamu dakwahkan ialah agar mereka mentauhidkan Allah.”
-HR: Bukhari dan Muslim-

Jangan jemu berpesan2 pada diri sendiri , ajak ahli keluarga , sahabat2 kita,org sekeliling kita belajar tauhid, janganlah ditangguhkan lagi..akhir zaman akidah akan diuji..jangan berhenti belajar biar sebati betul dlm diri, belajar sampai hati benar2 kenal,benar2 bergantung hanya pada Allah semata

Rasulullah Saw bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari ilmu atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fisabilillah sehingga ia kembali.”

Menuntut Ilmu tu Nisbah Kepada Ilmu Fardhu Ain (Tauhid,Feqah, Tasawwuf)

TAK BELAJAR TAUHID ROSAK AKIDAH ‼️

Fardhu Ain jangan tinggal sahabat 🌹

ILMU IMAM KEPADA AMAL
DAHULUKAN ILMU ATAS IBADAH
296000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

03 ستمبر، 2026، 14:14

Photo
☘️Di mana ada iman di situ ada cinta.
Di mana ada cinta di situ ada kemaafan.
Di mana ada kemaafan di sana ada kasih sayang.
Dan di mana ada kasih sayang di situlah ada keindahan.

☘️Dunia ini sentiasa indah jika dilihat oleh hati yang beriman.
Jika dunia ini tidak indah...
yang tidak indah itu ialah hati mu.

☘️Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia...
kerana dunia itu sesungguhnya ialah ladang akhirat!

☘️Mana mungkin dapat memetik buah yang manis di akhirat jika pohon yang ditanam di dunia tidak subur?

📿اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩📿

____
Senafas Ke Barzakh
371000
Qalbun Qalbi logo
Qalbun Qalbi

03 ستمبر، 2026، 14:14

Perempuan tempat dia di rumah. Terselamat mereka dari berbagai-bagai fitnah. Bukan tempat dia di khalayak ramai. Tetapi kerana keperluan semasa maka mereka terpaksa berada di khalayak ramai. Kata guru— perempuan yang berada di khalayak ramai ini perlu kepada kekuatan ilmu, perlu kepada kekuatan amal dan perlu kepada kekuatan iman. Kerana mereka sudah berada di khalayak ramai bersama dengan orang lelaki. Besar fitnah ke atas dirinya dan agamanya.

Pesan guru lagi— orang perempuan mudah masuk ke syurga, cukup dia menjaga rumahtangga dia. Apa yang penting perempuan yang berada di rumah ini apabila akidah dia comey, solat dia dengan ilmu, hati dia bersifat dengan sifat yang baik, tambah pula dia tidak keluar di khalayak ramai maka mereka akan terlindung dari berbagai-bagai fitnah yang ada di khalayak ramai.

Begitulah orang perempuan. Betapa istimewa orang perempuan ini. Kata guru, mudahnya orang perempuan hendak masuk ke syurga walaupun ramai ahli neraka adalah dikalangan orang perempuan— kenapa ramai ahli neraka orang perempuan? Sebab yang dituntut dia tidak kerjakan dan yang tidak dituntut itulah yang dia kejar.
361000

Showing 30 of 40 posts

درجہ بندی

لاگ ان درکار ہے

Frequently Asked Questions

Qalbun Qalbi ٹیلیگرام چینل کس بارے میں ہے؟+

Qalbun Qalbi (@qalbunqalbi) tgdio پر Religion زمرے میں درج ایک ٹیلیگرام چینل ہے۔ اس پروفائل پر رینکنگ، ریٹنگ، ریویوز اور حالیہ پوسٹس دیکھ کر سبسکرائب کرنے سے پہلے فیصلہ کریں۔ اس وقت tgdio پر تقریباً 2,763 سبسکرائبرز ہیں۔

میں Qalbun Qalbi (@qalbunqalbi) کو ٹیلیگرام پر کیسے جوائن کروں؟+

tgdio پر چینل پروفائل کھولیں، پھر Join / Open in Telegram سے @qalbunqalbi پر مفت سبسکرائب کریں۔

کیا Qalbun Qalbi اچھا Religion چینل ہے؟+

tgdio پر جوائن سے پہلے Qalbun Qalbi کی ریٹنگ، ریویوز، رینکنگ اور پوسٹس دیکھیں۔ اس وقت tgdio پر تقریباً 2,763 سبسکرائبرز ہیں۔ اسی Religion کے دیگر چینلز سے موازنہ کریں۔

Qalbun Qalbi کے سٹیٹس اور پوسٹس کہاں دیکھوں؟+

tgdio پر @qalbunqalbi صفحہ کھولیں — سبسکرائبرز، رینکنگ، ریٹنگ اور پوسٹس۔ Stats لنک سے گروتھ چارٹ دیکھیں۔